Ahad, 8 Januari 2017

Seluruh Peminat Bola Sepak Malaysia Doakan Kejayaan Faiz Subri


1. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendoakan kejayaan Faiz Subri yang kini dalam perjalanan ke Zurich. 

2.  Dalam satu status di laman Facebook FAM, Faiz Subri dan keluarganya telah berlepas ke Zurich untuk menghadiri Anugerah Puskas 2016 pada pukul 10.15 pagi tadi. “Selamat jalan buat Mohd Faiz Subri bersama isteri dan anak-anak ke Zurich.

3. Doakan beliau pulang dengan kejayaan meraih Anugerah Puskas FIFA 2016,” tulisnya. Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini menyenaraikan gol Mohd Faiz Subri sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016. Keputusan itu juga menyaksikan Faiz Subri berjaya mengetepikan calon-calon bintang bola sepak lain termasuk Lionel Messi dan juga Neymar pada pusingan pertama.

4. Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan Fifa pada 2 Disember lalu, Faiz Subri bakal dicabar oleh dua lagi pesaing lain iaitu pemain tengah Corinthians, Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. 

5. Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017. 

6. Sejak Anugerah Puskas Fifa diwujudkan pada 2009, hanya tiga pemain Asia tersenarai dalam kalangan 10 calon teratas sebagai penerimanya dan kini, pemain Malaysia, Mohd Faiz Subri, maju setapak lagi apabila tersenarai sebagai antara tiga pesaing teratas untuk memenangi anugerah itu. Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014. 

7.  Kini, Mohd Faiz bersaing dengan pemain Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez, untuk menjadi pemenang anugerah itu, yang diberi kepada penjaring gol paling cantik sepanjang 2016. 

8.  Selama ini, anugerah itu hanya dibolot pemain Eropah dan Amerika Selatan seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar. 

9. Penyerang Pulau Pinang itu dipilih sebagai antara calon untuk menerima anugerah tersebut melalui satu perlawanan Liga Super menentang Pahang pada 16 Februari tahun lepas apabila bola tendangannya melengkung masuk daripada satu sudut sukar ke penjuru kanan gawang dan sekali gus menyebabkan penjaga gol Pahang serta peminat bola sepak terpukau melihatnya. 

9.  Klip video jaringan ajaib Mohd Faiz itu, yang pertama kali dimuat naik FifaTV pada 21 November melalui YouTube, setakat ini ditonton lebih 2.3 juta kali, manakala jaringan Marlone dan Rodriguez masing-masing ditonton hanya lebih sejuta kali. 

10.  Jaringan mereka mengetepikan gol yang dihasilkan bintang bola sepak seperti sepakan bebas jarak jauh oleh Lionel Messi ketika Argentina meraih kemenangan 4-0 pada perlawanan separuh akhir Copa America menentang Amerika Syarikat dan tendangan lambung Neymar ketika bermain untuk Barcelona menentang Villarreal. 

11.  Anugerah Puskas dijadual disampaikan di Zurich, Switzerland Isnin ini atau awal Selasa di Malaysia pada upacara penyampaian Anugerah Bola Sepak Terbaik Fifa 2016. Anugerah itu mengambil sempena nama legenda bola sepak Hungary Ferenc Puskas, yang mencipta kejayaan besar bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan kehebatan pasukan Hungary pada era itu. 

12. Pemain Portugal, Ronaldo, adalah penerima pertama anugerah itu pada 2009, disusuli pemain Turki, Hamit Altintop (2010), Neymar dari Brazil (2011), pemain Slovakia, Miroslav Stoch (2012), pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez dari Colombia (2014). 

13. Pada 2015, pemain tidak terkenal dari Brazil, Wendell Lira, yang bermain untuk Club Goianesia, menjadi pemenang anugerah itu. 

14. Hanya berbaki satu hari sebelum Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berlangsung, bilangan penonton video jaringan menakjubkan finalis Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri terus mendahului dua pesaing lain. 

15.  Setakat 3 petang ini, video yang mula dimuat naik FifaTV di YouTube pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan peminat apabila ia ditonton 2,362,950 kali. Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. 


16.  Jaringan 'ajaib' Mohd Faiz yang mendapat perhatian dunia itu dilakukan ketika pasukannya Pulau Pinang meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada perlawanan Liga Super pada 16 Feb tahun lepas. Video aksi Marlone ketika menjaringkan gol melalui sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, ditonton 1,474,416 kali. 

17.  Aksi memukau Daniuska menggelecek beberapa pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia sebelum menjaringkan gol pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun pula ditonton 1,157,572 kali di Youtube. 

18.  Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari tahun 1959 hingga 196.

Sumber : Sinar Harian

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif