Rabu, 8 Februari 2017

Wartawan Sinar Harian Ong Boon Teck Lapor Kewangan Proton Nyawa-Nyawa Ikan

Ong Boon Teck , Wartawan Sinar. Kritikannya kali ini amat pedas
1. Proton Holdings Bhd (Proton) telah lama mencari rakan kongsi dari syarikat negara asing bagi meneruskan perniagaan ketika kedudukan kewangannya mencatatkan kerugian setiap tahun. 

2. Berita Proton untuk mencari rakan niaga sebenarnya bukan rahsia lagi kepada sesiapa yang sentiasa mengikut perkemba-ngan urus niaganya. 

3. Namun sehingga hari ini, masih belum ada perjanjian hitam putih dimeterai antara syarikat pengeluar kereta nasional kita ini dengan mana-mana syarikat.


4.  Bagaimanapun, laporan terbaru daripada kebanyakan portal berita dari China menyebut, syarikat pengeluar kereta terbesar dari negara mereka, iaitu Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) difahamkan berpeluang cerah untuk memiliki Proton, selain beberapa syarikat asing turut mengadakan perbincangan kerjasama sebelum ini, antaranya Renault, PSA dan Suzuki. 

5. Media sosial China ini yang memetik sumber dalaman Proton memberitahu, Proton hanya akan mengumumkan secara rasmi nama syarikat rakan kongsi terbarunya pada April depan. 

6. Namun, difahamkan Geely telah menjadi pilihan Proton, sekali gus menyaksikan kereta nasional kita bakal diambil alih syarikat dari negara komunis itu. Spekulasi pembelian Geely ke atas Proton turut diyakinkan pelabur China apabila harga saham Geely di bursa saham China naik sembilan peratus ketika dibuka pada hari pertama selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina, minggu lalu. 

7.  Geely adalah sebuah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang. Pada 2009, Geely membuat kejutan dengan membeli Volvo dari Ford Motors pada harga USD1.3 bilion (RM5.7 bilion). 

8.  Kereta Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo. Pada tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo telah mencecah sejuta unit. 

9.  Sekiranya Geely berjaya membeli 51 peratus pega-ngan saham Proton dan mengambil alih kilang pemasangan di Tanjung Malim, Perak, tidak mustahil usaha sama ini turut membuahkan hasil seperti mana kejayaan bersama dengan Volvo. 

10. Kemasukan Geely ke dalam industri pembuatan kereta negara kita juga dipercayai mempunyai perancangannya tersendiri. Ini kerana, syarikat ini bakal menjadikan Malaysia sebagai pusat utama pembuatan dan penjualan kereta keluarannya di rantau Asia Tenggara. 

11. Dengan memiliki Proton, Geely akan memindahkan lokasi operasi pengeluarannya dari Zhejiang ke Tanjung Malim sebelum memasarkan ke Asia Tenggara. Sebagai 'balasan', Geely akan membantu Malaysia mengeksport jenama kereta Proton untuk dijual di China. 
"Mungkin inilah satu-satunya jalan yang terpaksa dipilih oleh Proton ketika sudah menjadi 'nyawa-nyawa ikan' ketika ini! Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan wakil Geely akan berunding dengan Proton di Malaysia Ogos tahun ini. "
12. Namun, pihak Geely dan Proton tidak memberikan sebarang maklumat rasmi mengenainya. 
"Kedudukan kewangan Proton dilihat semakin tenat apabila pada April tahun lalu, kerajaan mengumumkan kelulusan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat GLC ini. Antara syaratnya ialah Proton harus mendapatkan rakan kongsi terkemuka yang akan membantu dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa"
13. Selain laporan berita dari China, media-media tempatan di negara kita turut tidak ketinggalan melaporkan bahawa Geely mempunyai kelebihan memiliki Proton, berbanding dengan syarikat-syarikat lain. "Sebagai bukti, bagi membuat persediaan bekerjasama dengan rakan kongsi baharu, Proton melakukan rombakan jawatan ke atas pegawai pengurusan tertinggi apabila Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Abdul Rashid Musa dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd awal bulan ini," lapor sebuah akhbar Inggeris tempatan, baru-baru ini. 
"Proton dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga mempengaruhi rugi bersih yang dialami oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) berjumlah RM821.3 juta. Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah."
14. Ketika berita Proton bakal dibeli oleh syarikat pengeluar kereta China tersebar secara meluas, kerajaan masih belum bersedia memberikan jawapan secara jelas. 

15.  Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani kelmarin mengakui, pada masa ini terdapat tiga hingga empat syarikat dari negara asing telah menyatakan minat mereka untuk menjadi rakan kongsi Proton, namun Kementerian Kewangan masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya. 

16. Kata Johari, sekiranya Proton mempunyai ranca-ngan mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara, ia perlu mencari rakan pelabur asing yang sesuai. 

17.  Bagi rakyat Malaysia, ia tidaklah begitu mengejutkan Proton menjadi milik China satu hari nanti, memandangkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, 

18.  Dari segi dunia perniagaan, daripada terus menanggung kerugian ratusan juta ringgi setiap tahun, adalah lebih baik dijual kepada orang lain sahaja. 

19.  Tetapi harus diingat yang dijual bukan sahaja syarikat semata-mata, maruah negara pun turut terpalit!


20. Dalam keadaan seperti sekarang di dalam umur Proton yang semakin menjangkau usia dewasa, kehilangan pegangan saham kepada negara asing adalah sesuatu yang sangat merugikan serta memalukan.

21. Bagaimana sehingga tiada formula yang boleh dilakukan Proton sehingga mahu menjual pegangan saham kepada negara asing.

22. Benar apa yang dikatakan oleh wartawan sinar, penjualan saham proton akan menyebabkan proton sebagai syarikat nasional negara yang membawa imej dan maruah negara bakal terpalit terjual.

23. Makin hilang kewarasan kerajaan pemerintah sekarang dan sudah lama hilang patriotismenya akibat tekanan bebanan hutang negara.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 6 Februari 2017

Kenali TS Syed Azman : Dari Kereta Ke Helikopter

1. Dahulu, Tan Sri Syed Azman merupakan seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

2. Beliau telah dianugerahkan pangkat Mejar setelah berkhidmat selama 13 tahun. Dan pada tahun 1993, beliau berhenti, kemudian memulakan perniagaan kereta terpakai bersama isteri. 

3.  Selepas memulakan perniagaan, anak jati Sungai Petani, Kedah ini berulang-alik dari Malaysia ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di sini. 

4. Beliau yang tidak memiliki AP pada ketika itu terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. 

5.  Untuk makluman, AP bermaksud 'Approved Permits' yang membolehkan seseorang untuk menjual beli kenderaan import secara sah. 

6. Setelah beberapa tahun bertungkus-lumus, akhirnya kerajaan setuju mengurniakan AP kepada beliau. Perniagaan kereta terpakai Tan Sri Syed Azman kemudian mula menjadi sebutan ramai. 

7. Namun begitu, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP secara terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Nak dapatkan franchise AP bukan senang. Seseorang itu perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar. Contohnya, jika anda ingin menjual kereta Mercedes di Malaysia, syarikat tersebut yang berpangkalan di Jerman perlu melantik anda sebagai pengedar yang sah. 

8. Kemudian barulah kerajaan boleh memberikan franchise AP kepada anda. Bagi Tan Sri Syed Azman, nasib menyebelahinya apabila syarikat automotif gergasi Honda dari Jepun meletakkan kepercayaan tinggi terhadap beliau lalu melantiknya sebagai pengedar kereta jenama tersebut di Malaysia. 

9.  Dan selepas Honda, beliau mendapat hak untuk mengedar kereta Chevrolet dan Suzuki pula. 

10. Sebelum ini, beliau pernah berkata, rutin hariannya banyak dihabiskan di atas jalan raya kerana banyak menjalankan urusan perniagaan di merata tempat. Jadi beliau pun bosan. 

11. Kemudian, seorang rakannya mencadangkan untuk beliau membeli sebuah helikopter. Daripada bosan atas jalan raya, lebih baik terbang di udara. 

12.  Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta (RM5.858 juta) untuk digunakan ke sana sini. 

13. Tetapi ada masanya helikopter itu tidak digunakan. Bila tak pakai, beliau sewakan saja kepada sesiapa yang mahu guna. 

14.  Ketika itulah beliau sedar bahawa permintaan helikopter sebenarnya tinggi di Malaysia, satu perkara yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini. 

15. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. 

16. Hari ini, beliau memiliki sebuah syarikat penerbangan yang diberi nama 'Weststar Aviation'. Manakala kontrak pertama yang didapatinya pada 2008 itu kini bernilai RM8 bilion!

17. Tan Sri Syed Azman memiliki lebih 40 buah helikopter dan 4 buah jet persendirian. 

18. Selain itu, kontrak bagi membawa pekerja pelantar minyak yang didapatinya pada 2008 kini bernilai RM8 bilion. 

19. Nilai ini telah menjadikan beliau antara lelaki Melayu paling kaya di Malaysia sekarang. 

20.  Lebih menarik, jumlah itu belum lagi termasuk perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan, dan macam-macam lagi yang dimilikinya. 

21. Jadi boleh bayangkan tak betapa kayanya beliau. Tan Sri Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”.

22. Ustaz Abdullah Khairi pernah dedahkan di dalam ceramah beliau berkaitan pengalaman ustaz bersama Tan Sri Syed Azman yang disifatkan sangat merendah diri. 

23. Sehingga tahun 2016, Tan Sri Syed Azman adalah antara 6 Billionair Melayu yang sangat membanggakan memiliki kekayaan sebanyak USD 245 juta bersamaan RM 1.08 Billion. Di dalam senarai keseluruhan Billionaire di Malaysia Tan Sri Syed Azman berkedudukan tangga ke 42.   

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif