Selasa, 25 Disember 2018

Pengusaha Stesen Minyak Menentang Penetapan Harga Minyak Mingguan



1. Menurut Astro Awani :
Pengumuman kerajaan bahawa harga minyak runcit akan kembali ditetapkan secara mingguan mungkin menjadi berita baik kepada rakyat, tetapi tidak kepada pengusaha stesen minyak. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, langkah ini seolah-olah memerangkap pengusaha stesen minyak. “Seperti rakyat, kami juga suka bila harga minyak runcit rendah,” katanya ketika ditemubual dalam program Pilihan AWANI pada Isnin. Katanya bagi pengusaha stesen minyak, apa yang menjadi isu adalah kaedah yang digunakan kerajaan untuk mengurangkan harga minyak runcit. “Kami tiada kuasa untuk menetapkan harga, dan kebanyakan pengusaha stesen juga tiada kuasa untuk membuat pesanan (minyak) sendiri setiap hari. “Jadi bila harga turun, kami terpaksa terima saja segala kerugian, dan bila harga naik pula penghantaran kurang, keuntungan yang kami dapat bila naik itu kurang berbanding kerugian yang kami tanggung. “Jadi kami tersepit,” katanya. Mekanisme penetapan harga apungan secara mingguan, yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, menyaksikan penutupan lebih 300 stesen minyak di seluruh negara setakat April 2018.
2. Dulu, semasa BN mengamalkan sistem ini, budak-budak PH ni kata, mereka ada keadah yang lebih baik. Semalam Menteri Kewangan Nobita (LGE) mengumumkan kerajaan PH akan mengamalkan kaedah penetapan secara mingguan harga minyak bermula Januari 2019 melalui siaran media Kementerian Kewangan yang mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Paling memalukan, siaran media tersebut penuh dengan kesalahan tatabahasa, kesilapan ejaan dan gelaran silap kepada YB Khairy Jamaluddin. Tony Phua agaknya yang mengarang sidang media tersebut. Nampak sangat bodohnya.

3. Pengumuman drastik ini berpunca dari pendedahan dari Najib Razak yang mengatakan Kerajaan Nobita telah mengenakan cukai 30 sen kepada rakyat apabila harga minyak dunia sekarang ini telah merudum jatuh dan kiraan harga minyak sekarang ini menunjukkan harga RON 95 sudah turun kepada 1.90 seliter sejak tiga minggu lalu.

4. Rakyat semakin jelas menampakkan bagaimana kerajaan PH adalah kerajaan flip flop yang sebenarnya tahu meniru apa yang dilakukan oleh BN sebelum ini. Apa yang mereka kata sebelum ini seolah mereka ada formula lain, ada kaedah lain atau ada cara lain hanya retorik politik walhal mereka sebenarnya langsung tidak tahu bagaimana hendak menguruskan ekonomi dan negara.

5. Tiap hari kita melihat menteri-menteri pasola kerajaan Pakatan Hancing ini menghiburkan rakyat jelata. Kita tunggu sahajalah, apa lagi drama yang mereka mahu lakonkan lagi.
 
"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Ahad, 23 Disember 2018

Komen TMJ Pelancaran Minuman Tenaga Baru Jenama "Supper Strong Saddiq"

1. Pelbagai jenaka setiap hari dihidangkan oleh Menteri-Menteri Pakatan Harapan. 

2. Hari ini, universiti Lim Kok Wing cuba untuk membodek Menteri Belia Dan Sukaneka dengan mengeluarkan minuman tenaga yang diberi nama 'Super Strong Saddiq'. 




3.  Mungkin iklan nanti akan berbunyi begini, "Sekiranya anda seorang pria yang mahu kelihatan gagah bersama pria yang lain, inilah minuman tenaga untuk anda". 

4. Waima Tengku Mahkota Johor (TMJ) pun turut kehilangan kata-kata melihatkan drama bodek dan jilatan ini.  


"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Sabtu, 22 Disember 2018

Belajar Agama Islam di Sekolah Kebangsaan Pun Salah Dimata Atuk93

1. Pemimpin Islam kesayangan orang muda PH ini bersuara mengenai kurikulum di Sekolah Kebangsaan :
"Seseorang telah menukar kurikulum sekolah kebangsaan. Ia sudah menjadi sekolah agama, mereka belajar Islam tetapi tidak belajar subjek lain. "Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama," katanya pada ucapan Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar di sini hari ini. - K! ONLINE
2. Kehebatan pemikiran pemimpin Islam setaraf wali ini turut mendapat reaksi dari penyanyi nasyid terkenal iaitu Munif Hijjaz.


3. Persoalan yang makin menambah kebimbangan dan keresahan di jiwa dan benak orang-orang Melayu Islam ketika ini tentang kemampuan kerajaan PH mendaulahkan Islam dan menjaga hak istimewa orang-orang Melayu.

4. Sebenarnya apa yang didakwa oleh Atuk93 adalah satu fitnah kepada agama yang dianutinya sendiri. Hakikatnya, pembelajaran agama Islam di Sekolah Kebangsaan masih terlalu cetek dan masih tidak menyeluruh. Hari ini, ianya adalah lebih baik dari zaman PM 4 dimana, dulu pendidikan Islam tidak mendapat tempat sewajarnya dalam silibus pendidikan kebangsaan.

5. Hari ini, apabila Tun Abdullah dan DS Najib Razak membawa masuk pendidikan Bahasa Arab dan pendidikan AlQuran bagi menampung pembelajaran pendidikan Islam di sekolah adakah ini salah? Bila masanya subjek lain tidak diajar? Sumber mana Atuk93 dapat maklumat?

6. Alasan Atuk93 sebenarnya adalah alasan Bukan Islam terutama DAP yang menyalahkan pengutamaan pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan lah menjadi punca Sekolah Kebangsaan tidak menjadi pilihan bukan Melayu? Kenyataan ini disokong oleh status FB kelab pro Atuk93 kononya usaha kepada perpaduan bakal lemah jika fikrah islamiah terus diterapkan dalam kurikulum Sekolah Kebangsaan.

Status sampah ini ibarat menyalahkan menteri stokin tidak buat apa-apa kerana pada admin page ini, SK dan SMK sekarang ini dijumudkan dengan hanya dilihat membudayakan pendidikan agama Islam.

7. Bila jadi begini, teringat video Atuk93 dengan dua cucu ketika meraih simpati rakyat Malaysia sebelum PRU 14 kononnya negara sudah sangat rosak. Jika begini lah tindakan atuk93, sebenarnya ia akan terus rosak malah lebih parah lagi. Atuk93 dah terlalu tua untuk memimpin.

8. Kita telah menyerahkan urusan agama kita bukan pada ahlinya. Benarlah kata pepatah, bagai tikus membaiki labu. Tak perlulah bersuara menentang kekejaman yahudi andai kita sendiri berperangai yahudi di negara sendiri. Tak senang ye di mata Tun M jika agama Islam didaulahkan. Nak jawab apalah kau didepan Allah nanti.

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Rabu, 19 Disember 2018

Muhammad Adib : Kematian Yang Kejam Tapi Indah dan dicemburui

 

1. Kematian Adib ada hikmahnya.
Tamingsari amat mencemburi kematianmu Adib. Apakah amalan mu Adib? Allah ujimu dengan pembunuhan kejam namun, Allah angkat darjatmu dengan kematian yang indah. Dirimu hanya bomba biasa yang tidak dikenali sesiapa kecuali rakan, keluarga dan saudaramu. Namun, kematian mu diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia. Dirimu dianggap sebagai hero kami. Doa untukmu dititip oleh seluruh lapisan masyarakat, dari pemimpin negara, para ulama dan mufti serta seluruh umat Islam dalam negara ini. Adib.... Allah angkat darjatmu. Allah sangat menyayangimu. Semoga roh mu ditempatkan bersama para syuhad dan salihin. 
2. Hampir tiga minggu dia menderita, menanggung sakit yang tidak terperi. 

3. Pada satu ketika dia masih cuba mengangkat tangan menunjukkan 'tanda bagus' sebagai tanda ingin terus berjuang bagi melawan kesakitannya namun takdir menentukan perjuangannya berakhir di sini saja. 

4. Tunang tersayang sudah tak mampu lagi menahan airmata yang terus mengalir tanpa henti. Bengkak matanya mengenangkan insan yang dicintanya kini terpaksa bersatu dengan tanah sedangkan mereka patut bersanding di mahligai cinta. 

5. Kesedihan si ayah, si ibu apatah lagi. Anak yang mereka belai dari tapak kaki dua jari kini hilang di mata untuk selama-lamanya. 

6. Hilang sudah tempat bergantung harap. Sebak para sahabat menambah pilu yang bukan sedikit. 

7. Tamingsari kongsikan foto-foto semasa majlis pengkebumian Allahyarham Muhammad Adib Kassim. 


8.  Muhammad Adib tak mungkin kembali lagi, tetapi jasanya tetap hidup buat selama-lamanya. innalillahiwainnailaihirojiun. #prayforadib 

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 17 Disember 2018

Saifuddin Nasution Selagi Ada Alasan, Kau Ota La Apa Pun

1. Tamingsari sebenarnya tak berapa berkenan dengan politikus bernama Saifudin Nasution ini. Sejak dia menjadi Pengarah Strategik PKR dulu lagi, setiap kali dia berceramah, dia akan membawa fakta-fakta yang mengarut dengan angka-angka yang tepat (tetapi tiada asas) lebih kepada bertujuan memperdaya pemikiran orang-orang Melayu di kampung.

2. Berbanding dengan Rafizi Ramli, Saifudin juga kerap mengemukan pendedahan beliau kepada isu keborosan Rosmah Mansor dan beberapa orang pemimpin BN termasuk Najib Razak sendiri namun sekiranya diamati ucapannya, jelas sangat angka-angka yang disebutnya hanya rekaan dan sengaja diada-adakan.

3. Tengoklah video dibawah bagaimana dengan muka yakin beliau kononnya pandai sangat mengurus ekonomi sehingga  tol boleh dihapuskan, PTPTN boleh dihapuskan dan harga minyak boleh dikurangkan. 


4. Hakikatnya, selepas PRU 14, apabila dia dilantik menjadi menteri yang bertangungjawab kepada ekonomi dalam negara, apa yang diungkapkan dulu tidak pula dia mahu laksanakan.  Lakukan lah penjimatan yang konon nya boleh dibuat untuk memberi semuanya percuma pada rakyat seperti mana yang diperkatakan.

Dulu katanya semua rakyat bakal menikmati subsidi minyak jika PH memerintah. Apa cerita hari ini?

5. Persoalannya mengapa tidak mampu dilaksanakan? Mudah. Kerana semasa dia membuat kenyataan dulu, dia tidak bersandarkan kepada fakta sebenar. Menguruskan ekonomi bukan bersandarkan kepada teori semata-mata. Banyak pembolehubah yang mampu memberi impak kepada ekonomi sesebuah negara yang setiap satu nya perlu dilihat dan diperhalusi. Itulah kegagalan politikus ini yang sebenarnya meletakkan fakta dibelakang persepi yang hanya bertujuan politik semata. Rakyat akhirnya ditipu bulat-bulat.

5.  Sekarang ini, rakyat berdepan dengan masalah harga telur ayam meningkat. Telur ayam gred C sahaja naik dari hanya 33 sen sebiji kepada 44 sen sebiji. Harga telur gred B dan A lagilah membebankan. Sudah pasti, kenaikan harga telur ini memberi kesan kepada semua rakyat kerana telur merupakan bahan makanan penting tidak kira pada isi rumah atau perniagaan dan industri pemprosesan makanan.


6. Mengejutkan apabila Menteri KPDNHEP Saifudin Nasution boleh menyalahkan sektor import makanan ayam dan permainan orang tengah punca kenaikan harga telur. Si Saifudin tidak melihatkah bagaimana dari dulu makanan ayam ini sudah lama diimport. Dulu, import tetap sama, namun harga masih terkawal. Hari ini, ianya berjalan seperti biasa namun mengapa tiba-tiba harga meningkat berkali ganda. Tidak tepat menyalahkan sektor import makanan ayam menjadi punca utama kepada permasalahan ini. Dalam jangka masa panjang, membetulkan rantaian penghasilan telur ayam ini mungkin boleh dilakukan bagi mengalakan makanan ayam dibuat di negara ini sekaligus dapat mengurangkan kos importnya.

7. Kenyataan dari pihak pemborong dan pihak swasta mungkin boleh digunapakai. Teori demand and supply telur memang punca utama kenaikan harga telur ini. Penawaran yang berkurangan menyebabkan harga telur naik. Puncanya :
Eksport ke negara jiran secara berlebihan menyebabkan bekalan telur ayam berkurangan menjadi punca harga dinaikkan setiap minggu sehingga mencecah 43 sen hingga 46 sen sebiji bersamaan RM13 hingga RM13.80 sepapan untuk gred A.n, Mas Imran Adam ketika dihubungi berkata, pihaknya masih mengekalkan harga jualan telur pada kadar RM12.20 sepapan berbanding RM11.60 sebelum ini. “Kami juga turut berhadapan dengan jawapan sama dari pembekal iaitu kekurangan bekalan menjadi punca utama bahan mentah ini terus naik walau pun membuat pembelian pada kadar yang banyak setiap minggu. SH Online
8. Sepatutnya, kenyataan ini perlu diambil peduli oleh Saifudin. Dalam masa jangka pendek, apa wajar yang perlu dilakukan kementerian beliau untuk menambahkan penawaran telur dalam negara bagi menstabilkan semula harganya? Takkan itu pun tak mampu nak difikirkan sedangkan dulu, kau belagak macam serba tahu nak mengajar kerajaan dulu menguruskan ekonomi. Hari ini, masalah telur pun kau gagal tangani.

9. Selagi ada alasan. kau ota la apapun Saifudin, namun rakyat sudah kenal your colour.

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Sebenarnya Tahun 2018, Perak Kehilangan Dua Pelumba Cup Prix


1. Tahun 2018 ini sebenarnya kita kehilangan dua pelumba Cup Prix dari Perak

2. Yang pertama pada 1 Oktober 2018, kita telah kehilangan Muhd Haziq Zulkafli, berusia 24 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Seorang pelumba Cub Prix, Muhammad Haziq Zaulkafli, 24, meninggal dunia selepas terlibat kemalangan, malam semalam. Allahyarham merupakan pelumba dari pasukan Maju Mega Bike (MMB) disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang tadi. SinarOnline
3. Semalam, 15 Disember, kita kehilangan seorang lagi pelumba Cup Prix apabila maut akibat kemalangan ketika sesi akhir perlumbaan Cup Prix 150cc. Arwah juga berasal dari negeri Perak :
Pelumba cub prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang memenangi tempat keempat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, hari ini, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan, di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang tadi. Difahamkan, Hafiz, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, dekat sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang tad. BH online
4. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Pencapaian mereka akan terus diingati.

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Sabtu, 15 Disember 2018

Ermieyati dan Salleh Keruak Kena Troll "Walk Alone" dan "Pondan"




1. Dua video di atas memaparkan bagaimana dua ekor katak sampah UMNO mengungkapkan janji mereka untuk wala dan akan berjuang habis-habisan mempertahankan UMNO walaubagaimana keadaan sekalipun.


2. Mas Ermieyati dalam ucapannya ketika perhimpuanan agong UMNO pra PRU 14, begitu lantang menjadi barisan hadapan mempertahankan pucuk pimpinan parti malah, meminta presiden UMNO ketika itu Najib Razak supaya sentiasa ingat, "you never walk alone" meminjam ayat keramat Liverpool F.C.

Jangkaan jauh meleset, dia pula yang tak mampu bertahan duduk dalam UMNO

3. Manakala katak ke dua pula, si Salleh Keruak, dengan yakin menyatakan dia tidak akan sama sekali membiarkan UMNO diserang sebaliknya menyerang semula. Dia penuh tegas menyatakan sesiapa yang tidak mahu melawan adalah "Pondan".

4. Hari ini ternyata jelas, yang walk alone sekarang katak Ermieyati dan telajak pondan sekarang adalah Salleh Keruak. Gara-gara diuji kejatuhan empayar UMNO. Ermieyati akan dipinggirkan bersorangan kerana telah digelar katak dan sampah oleh abang besar DAP. Manakala Pondan tua Salleh Keruak, menampakkan jelas cakap tak serupa bikin dan lebih pentingkan diri sendiri. Dia sendirilah pondan kerana lari dari perjuangan istilah yang dia sendiri katakan dulu.

5. Jijik kan bila kahak dijilat semula, namun tidak bagi dua ekor katak ini.

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tidak Bolehkah Bukan Melayu Bantu Orang Melayu Dalam Keadaan Tersepit ini - TS Ibrahim Abu Shah


1. Sejak Malaysia baru selepas PRU 14, satu persatu "aset" orang Melayu diusik oleh kerajaan baru yang diterajui DAP. Biarpun PM, menteri antara agama adalah orang Melayu mereka dilihar tidak memihak Melayu kerana dengan rela hati membiarkan semuanya disentuh dan diperbahaskan.

Ibrahim ketika mengangkat sumpah senator pada 3 Nov 2014

2. Inilah yang menjadi kerisauan ramai pihak termasuk TS Dr. Ibrahim Abu Shah bekas Naib Canselor UiTM dan juga kini adalah Senator di Dewan Negara.

3. Antara intipati ucapan beliau :
a. Risau dengan perkembangan sekarang ini apabila Melayu sekarang ini tidak dihormati. Menteri sekarang ini janganlah bersikap rasis, cauvanis, oportunis dan dendam. Lets forget and forgive.
b. Jika dicabut semua bangunan milik Cina di KL, tidak ada apa lagi yang tinggal. Cuma bangunan tabung haji, Petronas dan seangkatan dengannya sahaja milik orang Melayu. Mengapa ini juga ingin diganggu.
c. Mendiang Tun Sambhatan dan Tan Cheng Lock memuji orang Melayu kerana tiada bangsa lain seperti Melayu yang sanggup terima pendatang (Cina dan India) duduk di negara ini sebagai warganegara dan menganggap mereka sebagai saudara. Mereka bagi tanah pula nak buka kedai runcit. 
d. Tidak adakah cara lain selain melelong aset Tabung Haji bagi membaiki kerosakan yang ada. Jika benar ada sesiapa yang bersalah hadapkan ke mahkamah, tetapi jangan hancurkan Tabung Haji.
e. Jika audit dari luar dipanggil sekarang ini mengkaji semula aset Tabung Haji sudah pasti prestasi Tabung Haji tidak sama seperti tahun-tahun lepas kerana saham TH jatuh di Bursa Malaysia. Ini tidak adil kepada Tabung Haji.
f. Aset orang Melayu seperti Felcra, Felda, TH, PUNB dijual jika ada masalah, cari jalan biar Melayu jahanam, benarkah cara ini? Ini satu panic button kepada orang-orang Melayu.
g. Tidak bolehkah dalam keadaan sekarang ini, mereka membalas jasa orang Melayu dengan membantu kami yang tersepit dari segi ekonomi? Apa yang mereka lakukan kini himpit lagi orang-orang Melayu, terukkan lagi. Dah nak mampus pijak lagi. This is wrong. Ini bukan sikap pemimpin Malaysia baru.
4. Ini adalah realiti. Dulunya orang Melayu hanya tinggal kuasa namun hari ini orang Melayu sudah hilang taringnya selepas DAP mendominasi kerusi parlimen Pakatan Harapan. Walaupun orang Melayu masih kekal memerintah kerana diselamatkan oleh perlembagaan dan hukum kanun tubuh negeri, namun sampai bila ianya mampu bertahan dan terus memayungi orang-orang Melayu.

5. Benarlah apa yang dikatakan oleh bekas PM Najib Razak, dengan nada keras dan sedikit kasar, beliau memberitahu, bahawa Melayu akan terbangsat, jika UMNO tewas. Jelas, kita memang menuju ke arah itu sejak PH memerintah. Dulunya, pemimpin Melayu PAN, PKR dan Bersatu menafikan ianya bakal berlaku namun lihatlah hari ini, siapakah yang menjadi dalang kepada usaha menyentuh satu persatu sensitiviti orang-orang Melayu. 

6. Menurut Ustaz Husam Dato Badruddin, tangan-tangan yang menaikkan pemimpin PH sebagai kerajaan ini menjawab lah dihadapan Allah atas satu per satu kerosakan yang berlaku menyebabkan kedaulatan Islam kini diganggu gugat di bumi Malaysia hari ini. Sempatkah tangan itu membaiki semula keadaan selepas 5 tahun lagi?

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Khamis, 13 Disember 2018

Dulu Mas Ermieyati Juga Kata Tun M Nie Cakap Tak Serupa Bikin



 1. Spesis Salleh Keruak bernama Mas Ermieyati wajar pun dikecam oleh bekas rakannya dalam puteri UMNO selepas hari ini dia tegar menjilat ludah kahaknya pada Tun M dan parti Bersatu dengan menyertai parti itu. Musang berbulu ayam ini yang dulunya  banyak ditatang oleh UMNO sehingga diangkat menjadi Puteri UMNO sebelum era UMNO tumbang selepas PRU 14 akhirnya mengigit tangan orang yang pernah menyuapnya.

2. Jika dia sebagai bekas ketua yang mengemudi barisan puteri bertempur di PRU 14, kekalahan parti UMNO juga adalah atas kelemahan dan kedunguan dia dalam mengerakkan jentera puteri. Jadi janganlah menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri menarik golongan beliawanis muda menyokong UMNO.

3. Dimana kah wajah hodohnya itu mahu diletakkan untuk berada di dalam parti Bersatu selepas dulunya satu persatu kenyataannya memperlekehkan Tun M dan mereka yang masuk Bersatu sebagai cakap tidak serupa bikin terutama apabila Mahathir bertindak menyokong pembebasan Anwar dalam kempen Free Anwar.
“Tindakannya Mahathir menyokong Anwar boleh dipersoalkan padahal dia yang bertanggungjawab ‘memenjarakan’ Anwar (pada 1999). “Mahathir sekarang tidak sama seperti beliau menjadi perdana menteri dulu. Beliau yang memasukkan Anwar ke dalam penjara (selepas bekas Anwar disabitkan dalam kes yang dikenali sebagai Liwat 1). “Bagaimana kita nak pandang tinggi individu seperti ini? Orang ramai boleh menilai sendiri,” kata Mas Ermieyati. Sumber
4. Selepas PRU 14, apabila UMNO tumbang, tiba-tiba sahaja warna sebenar Mas Ermieyati terserlah. Dia mengikut jejak beberapa orang pemimpin UMNO berjiwa musang mula bersuara mengkritik bekas presiden mereka Najib Razak. Antara pemimpin UMNO berjiwa musang yang bertindak melarikan diri selepas UMNO hilang kuasa adalah MP Bukit Gantang dan MP Bagan Serai. Alasan ketiga-tiganya hampir sama iaitu tidak sehaluan dan tidak berpuashati dengan keputusan selepas pemilihan UMNO dilakukan sejurus pasca PRU 14.

Sumber

5. Namun, kini alasan mereka sudah berubah dan menjadikan rakyat sebagai modal menghalalkan tindakan melompat mereka. Kononnya, mereka tidak mahu kawasan mereka tertinggal dari segi pembangunan biarpun prinsip perjuangan mereka tergadai dan sehingga terpaksa menjilat ludah-kahak sendiri.

6. Inilah yang pernah Tamingsari katakan dulu, kebanyakkan pemimpin UMNO, tiada roh UMNO dalam diri mereka. Kepentingan peribadi menjadi keutamaan walaupun di mulut masing-masing berlahirkan kesetiaan. "Wala" yang mereka sebut semasa Najib Razak menjadi presiden hancur berkecai selepas empayar UMNO roboh. Maka keluarlah badut-badut menukar baju mereka menyalahkan pentas selepas mereka gagal menari dengan baik.

Mas Ermieyati kah sampah atau katak dimaksudkan DAP?

7. Kepada Ermieyati, bukan mudah seorang yang pernah dijadikan musuh hendak diterima dalam kandang bekas musuh. Tamingsari jamin, dengan pengkhianatan ini, maka nyawa politik kau bakal terkubur. PRU 15, bukan sahaja nasib kau masih mengekal kerusi Masjid Tanah tidak diketahui, namun, jaminan engkau dilantik sebagai calon pun belum tentu lagi. Dalam UMNO kau mungkin VIP kerana nama kau pernah diletakan sebagai Bekas Ketua Puteri namun, dalam parti baru, kau langsung tidak dipandang ibarat sampah atau katak seperti kata DAP malah kau bagai melukut di tepi gantang. Tiada siapa mahu menerima kau dengan seikhlas hati buat masa ini.

8. Biar muka hodoh, jangan perangai pun hodoh. Maka pengakhirannya juga hodoh.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Rabu, 12 Disember 2018

Krisis UMNO Sabah : Rindu Netizen Pada Salleh Keruak Terubat



1. Salleh Keruak menyatakan, kesemua pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas adalah kerana alasan berikut :
".............kebanyakan mereka menyertai UMNO sewaktu ia mula datang ke Sabah dalam tahun 1994 supaya negeri ini tidak terasing dari Putrajaya dan ketinggalan sementara negeri-negeri lain melangkah ke depan dan membangun. Bagaimanapun, beliau berkata Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas telah mengubah keseluruhan landskap politik Malaysia apabila Barisan Nasional yang diterajui Umno tidak lagi menjadi Kerajaan Persekutuan dan Umno Sabah tidak lagi boleh mempengaruhi Putrajaya seperti dahulu. “Mengambil kira realiti politik baharu, saya dan rakan seperjuangan mengambil keputusan meninggalkan Umno supaya kami boleh menumpukan kepada masa hadapan Sabah dan memastikan pertumbuhan dan pembangunan Sabah,” katanya. SH Online
 2. Hasrat pemimpin Sabah menyertai UMNO pada 1994 adalah kerana tidak mahu ketinggalan dan terasing dari Putrajaya. Namun, dari tahun 1994 hingga tahun 2018 apakah rakyat Sabah benar-benar sealiran pembangunannya berbanding di Semenanjung? Mungkin di kawasan bandar kurang perbezaan namun jika pergi ke kawasan luar bandar, keadaan penduduk di sana masih tidak banyak berubah. Hanya pemimpin UMNO Sabah sahaja terbukti makin kaya dan kaya.

3. Namun apa yang Tamingsari mahu tekankan disini adalah, watak Salleh Keruak yang hari ini bagai ibu hilang anak atau bagai ayam berak kapur. Meraba-raba di malam hari bergayut di cahaya lilin atau pelita orang umpama kupu-kupu malam yang sesat.

4. Tidak dinafikan, Salleh Keruak adalah nama yang paling tular di media sosial dihentam oleh netizen semasa pra PRU 14. Salleh Keruak yang memegang portfolio Menteri Penerangan dikecam hebat kerana kerap menjilat pemimpin tertinggi UMNO ketika itu. Antara dia bercakap dengan ilmu atau bercakap sekadar mahu menjilat, netizen tetap nampak dengan sangat jelas. 

5. Netizen masih ingat,  Buletin Utama Tv3 kerap menyiarkan kenyataan Salleh Keruak yang kuat menghentam Tun M selepas Tun M begitu lantang mengkritik kepimpinan Najib Razak. Apa yang tidak dikatakan dia pada Tun M ketika itu? Akhirnya semasa rombakan kabinet Najib, Salleh Keruak dianugerahkan jawatan sebagai hadiah malah selepas itu dia digelar sebagai Najib Strongmen kerana apa sahaja hujan celaan dari sesiapa sahaja Salleh Keruak lah bakal menjadi payung.

6. Sejak menjadi menteri lebih kerap kenyataan Salleh Keruak yang berbaur penjilat di keluarkan oleh media. Andainya kenyataan itu dimuatnaik ke media sosial, makin teruk netizen menghentam beliau. Apa sahaja kenyataan beliau pasti mendapat komen negatif. Dia dihentam termasuk di laman tweeter peribadinya. Nama Salleh Keruak tersenarai antara nama paling menyirapkan hati netizen kerana tidak tahan dengan indeks penjilatan beliau kepada Najib Razak. 

7. Jelas sekali, Salleh Keruak juga penyumbang besar kepada penolakan rakyat pada UMNO semasa PRU 14. Perkara ini, tidak siapa boleh mempertikaikan. Rakyat masih ingat bagaimana video tular beliau menari-nari bersama Apandi Ali, bekas Peguam Negara dan lain menteri BN di sambutan kemerdekaan (Gambar Bawah) serta dia turut menari di sebuah majlis makan malam bersama Najib Razak dan Rosmah Mansor seakan-akan sanggup terkinja-kinja asalkan orang yang nak dijilatnya gembira.


8. Langit tidak selalu nya cerah. Selepas UMNO tewas, barulah pemimpin UMNO yang setia sedar, siapa rakan siapa kah lawan. Hari ini jelas sekali lagi, bahawa barisan kepimpinan UMNO di Sabah bukanlah rakan sejati termasuk bekas penjilat ini iaitu si Salleh Keruak apabila mereka bertindak keluar dari UMNO. Lihatlah apa yang si Salleh Keruak katakan sejurus selepas UMNO tewas di PRU 14 :

Sumber

9.  Dimana Salleh Keruak apabila UMNO kini amat memerlukan sokongan semua pihak? Mana kenyataan-kenyataan mempertahankan UMNO walaupun berbaur menjilat? Sudah pasti netizen amat merindui wadah bicara Salleh Keruak. Inilah harga yang UMNO bayar selepas menatang badut-badut UMNO Sabah selama ini dan akhirnya mereka mahu menari di pentas yang lain.

10. Hari ini, UMNO Sabah sudah lumpuh. Pasti ramai yang gembira namun, jangan lah ada sesiapa nafikan, UMNO sejak 1994 berada di Sabah, sudah pasti ramai yang telah menerima jasanya hasil dari perancangan dan perlaksanaan dasar kerajaan BN dahulu.

11. Pada Salleh Keruak, pergilah menjilat semula kahak-kahak yang kau ludah pada Tun M dulu sebelum PRU 15 nanti rakyat bakal menghukum PH. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Kenyataan Pelik Lagi Lucu Dalam Kertas Pertuduhan Najib Pinda Laporan Audit


 

1. Gambar di atas adalah kertas pertuduhan terhadap DS Najib Tun Razak yang didakwa bersama Mantan CEO 1MDB Arul Kanda di Mahkamah Seksyen, hari ini. Berdasarkan garis merah di atas, 
 pertuduhan berkenaan antara lain berbunyi,
sedang disediakan dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamad
2. Apa yang dapat difahami dalam ayat di atas adalah laporan berkenaan masih belum dimuktamadkan (finalised). 

3. Dalam erti kata lain, laporan berkenaan masih di peringkat deraf (draft). Ini bertepatan dengan kenyataan daripada Ketua Audit Negara, TS Ambrin Buang sebelum ini yang mengatakan bahawa laporan berkenaan masih di peringkat deraf. 



4. Persoalannya, sekiranya laporan berkenaan masih di peringkat deraf, apa masalahnya untuk dipinda? Adakah ini bermakna DS Najib telah didakwa meminda satu laporan yang belum wujud? 

5. Analoginya adalah mudah, ibarat menyalahkan seorang mekanik yang sedang membaiki kereta yang belum keluar dari bengkel. 

6. Hebat zaman Kerajaan Tomato ini. Macam-macam tuduhan pelik-pelik boleh berlaku. 


7. Semoga kebenaran akan terbongkar jua. Hari makin hari, rakyat makin meluat dengan kes ini ditambah pula pasukan pendakwaan kepada DS Najib macam tak keruan dan kelam kabut. Lihat kertas pertuduhan di atas, sangat pelik dan memalukan.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Selasa, 11 Disember 2018

Kehadiran Tun M Di Stadium Bukit Jalil Di Troll Netizen

Laporan BH Online
 
1. Pelbagai komen ditulis nitezen mengecam kehadiran Tun M dan Isteri ke Stadium Bukit Jalil. Rata-rata orang muda ini sebenarnya sengaja melepaskan kekecewaan mereka kepada kegagalan Kerajaan PH membawa pembaharuan kepada nasib mereka. Kehadiran Tun M benar-benar tidak disenangi.

2. Mendapatlah kau Tun M. Turut kelihatan Menteri Bathtub yang anti kepada atlit menutup aurat.



3. Ramai juga mempersoal, semasa awal kejohanan atau di Semi Final, tiada pula Tun M muncul memberi semangat. Mereka menganggap Tun M cuba menangguk di air keruh mencari pengaruh di saat rakyat memberi tumpuan kepada bola sepak.

4. Banyak isu rakyat yang tak selesai lagi Tun, terjadi selepas PH memerintah. Selesaikan perkara itu dahulu. Jangan jadi PM yang pemalas.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Selepas JAKIM, Tabung Haji Pula Diserang

 

1. Berikut adalah kronologi sehinggalah berlakunya pendedahan oleh Menteri JPM, Mujahid :

1 Disember 2018 Polis mengesahkan menerima dua laporan polis yang dibuat Lembaga TH membabitkan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin terdahulu organisasi itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika itu berkata, setakat ini pihaknya membuat kertas siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.
2 Disember 2018 Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan penyelewengan terutama jika ia melibatkan wang rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata beliau yakin pihak berkuasa akan bertindak mengikut undang-undang.
3 Disember 2018 Akhbar Sunday Times melaporkan, TH kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017. Angka tersebut dipetik melalui penyata kewangan TH bagi tahun 2016. Laporan itu mendakwa, jurang kekurangan ini mungkin lebih besar bagi tahun 2017, dan 2018. Untuk tahun 2016, aset TH dinyatakan berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion.
3 Disember 2018 Bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan Lembaga TH tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) institusi Islam. Jelas beliau, TH seharusnya menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu dengan memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan dan bukannya terus membuat laporan polis tanpa mengetahui perkara sebenar susulan dakwaan RM22 juta telah digunakan untuk aktiviti berkaitan politik. Menurut Abdul Azeez, dana RM22 juta yang digunakan untuk program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’ dan ‘Ziarah Kasih Ramadhan’ adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal miskin di lebih 60 kawasan Parlimen tanpa mengira fahaman parti. Tegasnya dana tersebut bukan wang daripada pendeposit TH tetapi sebahagiannya hasil daripada keuntungan pelaburan Tabung Haji itu sendiri berjumlah RM7 juta.
4 Disember 2018 Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyiasat dua laporan polis dibuat TH pada 30 Nov lalu.
11 Disember 2018 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan sidang media mengenai pendedahan dan laporan prestasi TH.

2. Pendedahan yang amat mengejutkan. Secara zahirnya Tamingsari amat sedih dengan perkembangan ini malah, ianya seakan-akan cubaan menipu pendeposit. Seperti yanag dilaporkan oleh Menteri yang bertanggugjawab menjaga Tabung Haji:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mendedahkan pengurusan lama Tabung Haji (TH) melanggar Akta TH 1995 dalam soal pembayaran hibah kepada pendeposit sejak 2014. Beliau berkata, terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi melalui akta berkenaan mengikut Seksyen 22 (3)(a) iaitu aset TH mesti melebihi liabiliti dan institusi itu perlu merekodkan keuntungan setiap tahun. Bagaimanapun menurut Mujahid, TH merekodkan defisit sebanyak RM4.1 bilion berakhir 31 Disember tahun lalu di mana menunjukkan pembayaran hibah sejak 2014 melanggar Akta TH 1995. Di dalam pertemuan PWC, mereka mendapati akaun yang diaudit berakhir 31 Disember 2017, telah merekodkan aset keseluruhan RM70.3 bilion sedangkan liabiliti tanggungan ialah RM74.4 bilion. Ia menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 billion. Kenapa penting ini? Ini penting kerana ia ada kaitan dengan pemberian hibah. Ia adalah dividen. Pemberian hibah, melihat kepada pertemuan tersebut iaitu aset bernilai RM70.3 bilion, tanggungan RM74.1 bilion dan defisit RM4.1 bilion, maka dari sudut Akta TH 1995 sendiri, pemberian dividen bercanggah dengan akta tersebut. Sinar Online
3. Bagi tahun 2018, Mujahid yakin akan ada dividen yang akan dibayar namun menjelaskan demikian :
Sekarang ini, TH masih belum tutup akaun lagi. Apa yang lebih penting dalam membayar hibah, TH mesti penuhi dua akta iaitu aset tidak boleh lebih rendah daripada liabiliti dan TH sedang laksanakannya. Dan yang kedua mesti ada untung dan kami yakin akan ada sedikit untung untuk dipulangkan (hibah) walaupun tidak banyak.
4. Menurut Mujahid TH hanya layak atau boleh membayar dividen jika dua syarat yang termaktub di dalam akta dipatuhi iaitu laporan kewangan mesti aset melebihi liabiliti dan TH mesti ada untung.

h
Klik Gambar Untuk Download

5. Bekas PM Najib Razak pula mempersoal  kenyataan Mujahid mewakili kerajaan PH dan meminta PH segera menghentikan tomahan politik dan kenyataan negatif kepada Tabung Haji. Katanya, sejak PH memerintah, Tabung Haji mengalami kesengsaraan kerana banyak sahamnya di Bursa Malaysia mengalami kejatuhan dan keyakinan pelabur masih ditahap kurang memuaskan. Apabila keluar pula berita seperti ini, keyakinan pelabur makin terjejas dan kemungkinan akan berlaku Bank Run apabila pendeposit akan keluarkan pelaburan atas krisis keyakinan.


6. Tindakan Mujahid seterusnya adalah meletakan Tabung Haji dibawah seliaan Bank Negara bagi mengalami proses pemulihan. Apa yang didesak oleh ramai pihak adalah, meminta satu laporan polis dibuat dan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bersandarkan kenyataan menteri ini bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap mengurusan TH, ahli lembaga pengarah serta bekas-bekas pemimpin terdahulu bagi mengiyakan dakwaan ini.


6. Sebaliknya, hari ini bekas Pengerusi Tabung Haji, Azeez menafikan dakwaan Mujahid dan menuduh TH sambarono dan tidak mengikut lunas Islam dalam membuat pendedahan. Katanya ada lagi kategori aset TH yang tidak diambilkira dan apa yang didedahkan Mujahid hanya melibat laporan kewangan sahaja. Lihat sini. Makin celaru pula jadinya.

7. Secara zahir, Tamingsari amat kecewa dengan apa yang berlaku, namun, terfikir sejenak, kenapa tiba-tiba isu ini muncul???. Jeng.. Jeng.. Jeng..

8. Hati-hati lah semua dengan permainan mereka yang busuk hatinya. Sama-samalah kita tunggu dan semoga Allah pelihara agensi TH ini yang banyak berjasa terutama membawa jemaah Malaysia ke Tanah Suci Mekah dengan pengurusan kelas pertama dan dipuji oleh negara-negara di dunia.

9. Kepada pendeposit, jangan melatah. Kita sama-sama ikuti perkembangan dan doakan yang baik-baik.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Isnin, 10 Disember 2018

Ini Sebabnya Kenapa Lim Kit Siang TIDAK LAYAK Jadi Menteri


Kenyataan Dari Anak Kesayangan Beliau. BHonline

1. Ibarat masuk bakul angkat sendiri. Anak kesayangan Kit Siang mahu ayahnya diangkat menjadi menteri atas jasa dan pengorbanan beliau dalam DAP. Tamingsari ingin menjelaskan kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu, cina DAP yang menjadi pencetus berlakunya peristiwa 13 Mei ini wajar ditolak mentah-mentah untuk diterima untuk jadi pemimpin di dalam masyarakat Melayu.
 
2. Pada 11 Julai 1969, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Lim Kit Siang, yang pada waktu itu adalah Setiausaha Organisasi DAP merangkap Ahli Parlimen Bandar Melaka. Di dalam kenyataan ini disebut dengan secara spesifik ucapan-ucapan Lim Kit Siang yang membakar perasaan perkauman serta mewujudkan ketegangan, kebencian, permusuhan, ketidakpercayaan dan ketidakharmonian antara kaum serta yang mencetuskan perasaan anti-Melayu dan anti-Islam di kalangan rakyat Malaysia. 

3. Asas pertama penahanan Lim Kit Siang adalah kerana, pada 27 Julai 1968, di satu ceramah umum DAP di Tanjong Malim, Perak, beliau telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina”. 

3.  Asas keduanya pula adalah kerana, pada 24 Ogos 1968, di satu ceramah umum DAP di Slim River, Perak, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu “cakaplah bahasa kebangsaan sahaja” jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”. 

4. Asas ketiganya pula adalah kerana, pada 7 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”. 

5. Begitu juga dengan asas keempatnya, iaitu kerana, pada 29 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasar Perikatan adalah “dasar perkauman” kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti dan bahawa terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama, dan bahawa kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna “Pelan Pelan Mati””. 

6. Demikian juga dengan asas kelimanya, iaitu kerana, pada 12 Februari 1969, di satu ceramah umum DAP di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu.” 

7. Asas keenamnya pula adalah kerana, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum DAP di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama” dan bahawa kerajaan sedang melaksanakan satu dasar “Me-Malaysia-kan” Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu. Lim Kit Siang juga telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain dan bahawa kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”. 

8. Bila Lim Kit Siang sendiri pernah ditahan di bawah ISA kerana sifat anti-Melayu dan anti-Islam beliau, maka tidak betullah dakwaan beliau bahawa beliau dan DAP bukanlah bersifat anti-Melayu dan anti-Islam serta bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966.

9. Atas dasar menebalnya sifat anti Melayu dan anti Islam dalam diri Lim Kit Siang, dia langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin dalam negara berbilang bangsa ini. Lihat sahaja penguasaan bahasa Melayu Lim Kit Siang sangat teruk jika hendak dibandingkan dengan penguasaan bahasa Melayu (Kebangsaan) oleh PM Singapura Lee Hsein Loong. Lihat sini

10. DAP selamanya tidak akan senang dengan hak orang Melayu di negara ini hanya selepas berjaya menegakkan ketuanan Cina di tanah Melayu ini. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Minachi Sanjivi Dihentam Habis-Habisan Kerana Hina Islam

  

1. Dey macha apa masalah you. Dey.... sanjivi what's wrong with you? achit!! Ikut suka orang Islamlah mau berhimpun. Kau apa sal? Sakit hati. Kau tak pikir sakit hati orang Melayu Islam bomba Melayu kena pukul dengan paria? Bodoh betul.


Kenyataan biadab Sanjivi menghina Allah. Celaka betul.

2. Sarah Sanjivi mengeluarkan kenyataan dalam FB beliau menghina Allah manifestasi kepada tidak menyokong himpunan umat Islam di Dataran Merdeka Sabtu 8 Disember lepas. Kita tidak tahu apa tujuannya tapi kenyataan ini telah dipadamkan selepas dia dihentam hebat oleh para netizen selepas kenyataan ini ditular. Beliau bukan sahaja bertindak memadam status itu, malah meletakan semua komen dalam mode disable. Namun ramai pula menghentamnya melalui FB messenger. Rata-rata umat Islam amat marah dan mahu melaporkan kepada pihak polis.

Terus belagak dan biadab
Malah mencabar pula netizen dan dia yakin ramai akan support dia

4. Paling menambah rasa marah, minachi ini tetap mahu mempertahankan benang yang basah malah mencabar pula netizen membuat report polis dan dia yakin ada bantuan untuk dia bela diri. Chit..

5. Namun orang bodoh dan bangang selalu akan jadi bangang dan rugi. Akhirnya dia mengalah apabila dia sendiri mendapat gangguan mental selepas tidak tahan dikecam semua pihak.


Kenyataan Maaf Dia. Adoi.. kerana mulut badan binasa

6. Kepada semua orang bukan Islam di luar sana. Pernah ke korang dengar orang Melayu Islam hina agama korang? Jangan sesekali menghina agama kami. Kelak akan sakit mental macam Sanjivi ini. Tu belum kena hentam dengan abang polis lagi.

7. So, berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan selepas ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif