Isnin, 10 Disember 2018

Ini Sebabnya Kenapa Lim Kit Siang TIDAK LAYAK Jadi Menteri


Kenyataan Dari Anak Kesayangan Beliau. BHonline

1. Ibarat masuk bakul angkat sendiri. Anak kesayangan Kit Siang mahu ayahnya diangkat menjadi menteri atas jasa dan pengorbanan beliau dalam DAP. Tamingsari ingin menjelaskan kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu, cina DAP yang menjadi pencetus berlakunya peristiwa 13 Mei ini wajar ditolak mentah-mentah untuk diterima untuk jadi pemimpin di dalam masyarakat Melayu.
 
2. Pada 11 Julai 1969, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Lim Kit Siang, yang pada waktu itu adalah Setiausaha Organisasi DAP merangkap Ahli Parlimen Bandar Melaka. Di dalam kenyataan ini disebut dengan secara spesifik ucapan-ucapan Lim Kit Siang yang membakar perasaan perkauman serta mewujudkan ketegangan, kebencian, permusuhan, ketidakpercayaan dan ketidakharmonian antara kaum serta yang mencetuskan perasaan anti-Melayu dan anti-Islam di kalangan rakyat Malaysia. 

3. Asas pertama penahanan Lim Kit Siang adalah kerana, pada 27 Julai 1968, di satu ceramah umum DAP di Tanjong Malim, Perak, beliau telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina”. 

3.  Asas keduanya pula adalah kerana, pada 24 Ogos 1968, di satu ceramah umum DAP di Slim River, Perak, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu “cakaplah bahasa kebangsaan sahaja” jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”. 

4. Asas ketiganya pula adalah kerana, pada 7 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”. 

5. Begitu juga dengan asas keempatnya, iaitu kerana, pada 29 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasar Perikatan adalah “dasar perkauman” kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti dan bahawa terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama, dan bahawa kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna “Pelan Pelan Mati””. 

6. Demikian juga dengan asas kelimanya, iaitu kerana, pada 12 Februari 1969, di satu ceramah umum DAP di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu.” 

7. Asas keenamnya pula adalah kerana, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum DAP di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama” dan bahawa kerajaan sedang melaksanakan satu dasar “Me-Malaysia-kan” Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu. Lim Kit Siang juga telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain dan bahawa kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”. 

8. Bila Lim Kit Siang sendiri pernah ditahan di bawah ISA kerana sifat anti-Melayu dan anti-Islam beliau, maka tidak betullah dakwaan beliau bahawa beliau dan DAP bukanlah bersifat anti-Melayu dan anti-Islam serta bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966.

9. Atas dasar menebalnya sifat anti Melayu dan anti Islam dalam diri Lim Kit Siang, dia langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin dalam negara berbilang bangsa ini. Lihat sahaja penguasaan bahasa Melayu Lim Kit Siang sangat teruk jika hendak dibandingkan dengan penguasaan bahasa Melayu (Kebangsaan) oleh PM Singapura Lee Hsein Loong. Lihat sini

10. DAP selamanya tidak akan senang dengan hak orang Melayu di negara ini hanya selepas berjaya menegakkan ketuanan Cina di tanah Melayu ini. 

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas info di atas..
Semoga melayu yg menyanjungi DAP mendapat kesedaran

Unknown berkata...

Padat n berinfomasi..tq

Unknown berkata...

Kalau nak si bapa jadi menteri, anak berkorban lah. Hahaha..

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif