Ahad, 2 Disember 2018

Kerajaan PH Tarik Balik Moratorium Hapus Akta Hasutan



1. Akhirnya kerajaan Malaysia baru mengakui bahawa akta pencegahan keganasan perlu dikekalkan termasuk akta hasutan.

2. Selepas apa yang berlaku di Kuil di Seafield baru kerajaan sedar, manifesto mereka yang mahu menghapuskan akta penting itu ibarat sebuah komputer mahu menyahaktifkan anti virus.
Kabinet memutuskan beberapa undang-undang yang sedang dalam kajian untuk dimansuhkan sebelum ini boleh digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan dalam menangani jenayah. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan yang dibentangkannya bersama Menteri Kommunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo itu diterima jemaah kabinet dalam mesyuarat pada Jumaat lalu. “Antaranya adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Pencegahan jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan. “Kita menarik balik moratorium yang diadakan sebelum ini berdasarkan keadaan semasa dengan apa yang telah dan sedang berlaku terutama yang berkaitan dengan kes kuil ini supaya pihak polis boleh bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini sebentar tadi. Tambahnya, kerajaan mengambil keputusan tersebut kerana mahukan instrumen undang-undang yang berkesan selain pihak polis memerlukan panduan untuk menangani situasi yang tindakannya diletakkan dalam status moratorium. “Kita beri kuasa penuh pada pihak keselamatan untuk bertindak bagi menjaga keselamatan awam dan rakyat. “Sebelum ini kita berhati-hati sikit, tapi kita tak mahu orang ambil kesempatan mengatakan polis tidak akan ambil tindakan seterusnya memberikan gambaran seolah-olah kita tidak berkuasa,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE
3. Kita berdoa agar seluruh rakyat Malaysia kekal harmoni walaupun kita sedang ditadbir oleh kerajaan flip flop dan masih mentah dalam segala hal.

4. Moga orang Melayu dan Islam dilindungi Allah dari tangan mereka yang zalim.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif