Khamis, 6 Disember 2018

Nguyen Cong Phuong Ancaman Kepada Harimau Malaya


Nguyen C.P Berjersi No. 14 Vietnam
 1. Sah Vietnam akan bertemu Malaysia 11hb Disember ini di Bukit Jalil serta timbal balik perlawanan akhir di Vietnam pada 15hb Disember.

2. Ini kerana Vietnam telah menewaskan Filiphina dengan agregat 4-2 sebentar tadi.

3. Ketika menewaskan Malaysia dalam perlawanan kumpulan, Vietnam sebenarnya sudah tewas dari segi statistik perlawanan apabila Malaysia menguasai perlawanan 69% namun, kebijaksanaan pemain Vietnam mengunakan counter attack telah memerangkap Malaysia dan akhirnya tewas 0-2.



 3. Antara pemain yang menjadi tumpuan Tamingsari adalah Nguyen C.P dimana dia telah menjaringkan gol pertama ketika menentang Malaysia dan turut menjadi penjaring ketika menewaskan Filiphina di separuh akhir.

4. Barisan pertahanan Harimau Malaya perlu mengunci pergerakan pemain ini kerana kelincahan dia amat menyukarkan barisan pertahanan untuk mengawalnya.

5. Semoga Harimau Malaya berjaya membawa pulang kemenangan yang sudah lama tidak kita kecapi. Harimau Malaya perlu mencari bekalan gol di Bukit Jalil dan mengelak untuk dibolosi bagi menafikan kelebihan gol di tempat lawan untuk Vietnam. 

6. Jika bermain di Vietnam pun, pasukan Viet merah ini pun gagal mengawal position, apa sangatlah yang mereka boleh buat di Bukit Jalil. Thailand pun tunduk dengan kegarangan Harimau Malaya. 

7. Tamingsari amat yakin Malaysia mampu melakar sejarah kali ini berdasarkan prestasi cemerlang pasukan Tan Cheng Ho.

8. Ayuh pemain ke 12, iaitu penyokong Ultras Malaya kita penuhkan stadium mengemuruhkan lagi jantung pemain Vietnam dan membakar semangat juang Harimau Malaya.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif