Jumaat, 7 Disember 2018

PGB PTPTN Tangguh. PH Takut Amukan Anak Muda


 1. Akhirnya selepas mendapat desaskan dari ramai pihak, PH akhirnya membatalkan hasrat mereka mengutip PTPTN melalui kaedah PGB (Potongan Gaji Berjadual) kepada semua peminjam PTPTN.  Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat kabinet hari ini.

Anwar Ibrahim turut membantah cadangan PGB PTPTN

2. Jelas sekali, kerajaan PH adalah kerajaan flip flop yang membuat keputusan tanpa mengambil kira SWOT analisis melihat kepada kesan keseluruhan arahan PTPTN itu serta membelakangkan mesyuarat kabinet yang selalu mejadi platform sebarang keputusan kerajaan dibuat.

3. Keputusan kerajaan ini, pastinya melegakan semua pihak terutama mereka yang setia membayar PTPTN walaupun amaunnya tidak sebanyak yang dicadangkan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih terumbang-ambing ekonomi rumah tangga mereka.



4. Sementara itu, Syed Saddiq dalam satu majlis dialog anjuran Sinar Harian, melahirkan rasa bimbang kerajaan PH akan jatuh jika isu PTPTN ini tidak ditandatangani dengan hikmah

5. Tamingsari tidak menyangka, ada perasaan seperti ini keluar dari pemimpin PH kerana rata-rata mereka sudah pekak kan telinga mendengar luahan hati rakyat bawahan dalam banyak isu terutama dari orang Melayu Islam, penoreh getah, pekebun kelapa sawit dan sebagainya.

Anak muda sudah memberi amaran dan mengesa kerajaan jangan malas membuat kajian sebelum membuat sebarang polisi



6.  Rakyat Malaysia tidak mahu kerajaan seperti ini yang tiada pendirian, tidak analitikal serta caca merba seperti ini. Bukan kerana isu PTPTN pun, kerajaan ini tetap wajib ditumbangkan demi maruah agama dan bangsa.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif