Selasa, 4 Disember 2018

Punca Ustaz Husam Disekat Ceramah Di Masjid Bandar Putri Jaya Sungai Petani

1. Baru-baru ini kecoh apabila penceramah bebas Ustaz Ahmad Husam dan pasukan skuad Badar disekat dari meneruskan program forum yang bertajuk Melayu Bersatu, Islam Berdaulat di Masjid Bandar Putri Jaya, Sungai Petani.

2. Menurut Ustaz Husam, program ini pada asalnya dirancang dengan baik dan mendapat kerjasama baik dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah. dan pengurusan masjid, namun beberapa hari sebelum program, pihak Ustaz dimaklumkan, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah. telah membatalkan kebenaran tersebut.


3. Keadaan ini berlaku selepas pasukan skuad Badar telah menganjurkan perhimpunan aman menuju Wisma Darulaman dari Masjid Sultanah Bahiyah Alor Star pada 18 November 2018 bagi menyampaikan memorandum berkaitan bantahan umat Islam kepada tindakan pihak mubaligh kristian menyebarkan bible di Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda. Tindakan provokasi ini, menampakkan seolah-olah puak kafir semakin berani mempersendakan umat Islam. 

Zamzali Seman menunjukkan kitab Bible yang diedarkan di Kampung Sungai Mas, baru-baru ini

4. Oleh yang demikian, NGO Skuad Badar bersama penceramah bebas, Ustaz Husam menganjur himpunan ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Exco Agama negeri Kedah, YB. Datuk Dr Ismail Salleh bagi mendesak kerajaan negeri Kedah mengambil tindakan drastik atas perkara ini yang dikhuatiri akan merosakan akidah umat Islam terutama anak-anak muda.

5. Selepas tiba di Wisma Darul Aman, dikhabarkan saf kepimpinan himpunan termasuk Ustaz Husam telah dijemput ke pejabat Exco dan perbincangan berkaitan perkara ini diadakan. Banyak persoalan yang dibangkitkan namun, YB Exco gagal menjawab banyak persoalan. YB Exco menyatakan, mereka hanya menyerahkan perkara ini kepada siasatan pihak polis. 


6. Walaupun, pertemuan dengan YB Exco berjalan dengan penuh hikmah, namun, apa yang berlaku selepasitu diluar jangkaan Ustaz Husam apabila selepas itu dia menerima panggilan telefon dari beberapa buah masjid yang membatalkan kuliah bersama Ustaz akibat arahan dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah. Pembatalan itu melarat kepada forum yang sudah lama di rancang di Masjid Bandar Putri Jaya Sungai Petani.

7. Tamingsari melihat, umat Islam di negeri Kedah amat bimbang gejala penyebaran bible ini memberi impak negatif kepada mereka. Ramai anak muda yang jahil tentang akidah Islam, akan terkeliru jika mereka membaca bible ini. Apabila melihat, Kerajaan Kedah dibawah PH bergerak sangat pelahan dan suara kecaman mereka seolah tidak kedengaran, ramai pencinta agama Islam di negeri itu mula rasa cemas dan bimbang.

8. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Manakala dalam Perkara 11(1) menekankan, ‘tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya’.

9. Selain itu, melalui Perkara 11(4), Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang Islam. Banyak negeri telah meluluskan enakmen yang sama kecuali, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

10. Cantik sungguh bagaimana datuk nenek moyang kita yang bersama memikirkan dengan begitu halus meletakkan frasa-frasa dalam Perlembagaan sehingga perihal kelangsungan agama dan bangsa pun turut tersemat dalam Perlembagaan kita.

11. Tapi malangnya Kerajaan negeri Kedah mengambil tindakan drastik menyekat penceramah bebas Ustaz Husam bagi menyampaikan risalah agama Islam dan bukan menyekat tindakan mubaligh kristian mengedar bible seperti yang diharapkan oleh umat Islam negeri Kedah.

12. Kerosakan apa lagi yang mahu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan ini.

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

Tiada ulasan:

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif