Jumaat, 7 Disember 2018

Tun M : Melayu Kuat Rasuah



1. Mari kita buat analisa kenyataan Tun M dengan menggunakan kaedah saintifik,tapi kita bukan nak tentukan kenyataan ini benar atau tidak,kita nak tahu bagaimana Tun boleh keluarkan kenyataan ini

2. Kita tahu yang kenyataan Tun adalah berdasarkan pengalaman,kerana setakat ini tidak ada lagi 1 kajian yang membandingkan bangsa dengan jumlah rasuah yang dilakukan.

3. Melihat kepada analisis ini juga,sesorang manusia hanya boleh kenal lebih kurang dalam 80,000 sepanjang hidupnya. https://blog.adioma.com/counting-the-people-you-impact-inf…/

4. Jadi sudah tentulah ia tidak melambangkan kesemua Melayu,sebab populasi Melayu adalah lebih kurang dalam 22 juta di negara ini,jadi kalau semua pun orang yang Tun kenal mengamalkan rasuah,ia hanyalah 0.0025% dari seluruh orang Melayu.

5 Jadi dari mana kenyataan ini datang,dan kepada siapa sebenarnya yang ia hendak disampaikan?

6. Kita sudah letakkan asas yang kenyataan Tun mungkin berdasarkan pengalaman. Jadi mengikut kepada analisis Relationship Circle ini, https://agileleanlife.com/relationship-circles/ Seseorang manusia itu mendapat pengalaman banyak berdasarkan level of intimacy dengan seseorang.

7. Jadi yang paling dekat tentulah keluarga,seterusnya kawan rapat ( kroni?),kemudian rakan sekerja dan seterusnya. Jadi apa yang Tun sampaikan mungkin ditujukan kepada kawan rapat dan juga ahli keluarga.
Recommendation:

1) Saya sarankan Tun tukar circle of friends,mungkin boleh berkawan dengan rakan- rakan saya ke. Sebab sepanjang hidup saya,saya takde nampak seorang pun rakan- rakan saya mengamalkan rasuah. Dengan polis pun sama.
2) Untuk yang family,takkan saya nak suruh tukar family kan,ye dak? Jadi saya sarankan sebagai Ketua Keluarga,Tun nasihatlah ahli keluarga Tun.
8. Sekian sahaja analisis saya.

Abu Huzaifah Bidin

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam konteks mesia memang mlayu kuat terima rasuah, dan tentu saja berlaku dikalangan mereka yg berkuasa, yakni secara logiknya rasuah diberi kpd pehak yg boleh memberi pulangan.
Samada ramai atau sedikit jumlah penerima itu pula berbeda dgn jumlah diterima, yakni munkin mereka yg menerima itu sedikit tetapi jumlah 'sogokan' itu banyak, samada pada setiap kali penerimaan dan jugak munkin berlaku acapkali pada penerima yg sama, yakni penerima menerima rasuah secara berulang2.
Golongan perberi rasuah pula tentu juga lebih ramai bilamana sekiranya jumlah penerima itu sedikit tetapi menerimanya secara berulang2, dan sudah tentu ianya melibatkan jumlah pemberi yg bukan seorang.
Oleh kerana rasuah ini dilakukan secara 'rahsia' dan sukasamasuka etc. maka adalah sulit untuk dikesan melainkan sekiranya terjadinya keadaan sukatidaksuka dimana berlakunya laporan terhadap hal tersebut.
Dan ianya sgt2 jarang berlaku dan boleh dikatakan satu dlm seribu atau lebih, (Ini termasuklah dari yg sebesar2nya sehingga yg sekecil2nya).

Berkait dgn hal rasuah ini ada suatu hal jelas yg betapa jelaspun dilihat ianya berlaku tetapi belum tentu tidakan boleh diambil menurut perundangan iaitu 'sesaorang atau sejumlah orang yg nampak dan sahih berharta melebihi pendapatan gajinya dan peniaga pula menjadi kayaraya kerana mendapat sesuatu keuntungan luarbisa dari perniagaan, dan ini munkin juga melibatkan kelulusan sesuatu yg tidak sepatutnya lulus, mendapat hak monopoli, dll.

Oleh kerana skop rasuah ini sgt luas maka kita cuma dpt melihat 'indikasi berlakunya rasuah' tetapi untuk membasmi ..erm..entahlah.
Ini lebih2 lagi ada orang yg berhujah bahawa terdapat 'kepercayaan/ugama/budaya' golongan tertentu yg mengamalkanya sbg dari ritual keagamaan.

Tanpa Nama berkata...

Ohya.. tentang nama golongan yg dipercayai yg ugamabudaya nya meng-ritualkan rasuah tidaklah dapat disebut disini atas sebab2 untuk menghindar dari Pendakwaan rasis, menghina agama tertentu dan melanggar sensiviti pehak tertentu.

☺☺��☺☺

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif