Selasa, 1 Januari 2019

Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong


1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat awam termasuk di gerai dan warung makan yang mana dulunya menjadi tempat lepak perokok-perokok mengabiskan secawan teh tarik atau nescafe tarik bersama kepulan asap rokok sambil berborak kosong.

2. Jika disabitkan kesalahan kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 berkuat kuasa Disember 2018, perokok yang merokok di tempat awam boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan


3. Pada mereka awalnya, amaran dan larangan itu disifatkan acuh tak acuh oleh perokok tegar namun menjelang tahun baru 2019 ini, sudah banyak serbuan dan saman yang dikeluarkan.Di media sosial viral beberapa gambar bagaimana pegawai-pegawai kesihatan mengadakan spot check serta serbuan dan menangkap beberapa perokok yang masih berdegil.

4. Walaubagaimanapun, terdapat tolerasi yang diberikan kerajaan kepada perokok iaitu mereka dibenarkan merokok 3 meter atau 10 kaki jauh dari premis awam, gerai makan dan restoran jika mahu melepaskan hajat mereka.


5. Pada Tamingsari, biarpun kerajaan sekarang ini kerap melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak rakyat, namun arahan ini perlu disokong kerana slogan kali ini hak non smoker menikmati udara tanpa asap rokok amat bertepatan dengan kehendak semua non smoker. Satu tindakan yang berani dan offensif tanpa kompromi.

6. Usaha ini satu tindakan murni dan selain kerajaan mengambil kesempatan dari ketagihan perokok tegar dengan menaikkan cukai rokok namun, usaha mengurangkan perokok tetap gagal kerana terlalu banyak rokok seludup dibawa masuk dan merugikan hasil negara jutaan ringgit. Perokok juga ramai yang bersikap selfish merokok di tempat awam tanpa menghiraukan perasaan non smoker yang terpaksa menyedut udara toksin yang dihembus oleh perokok ini. Kezaliman perokok ini wajar dihentikan dengan arahan dan penguatkuasaan seperti ini.

7. Inikalilah, Tamingsari sangat menyokong.

"Melayu Bersatu, Islam Berdaulat"

Wallahhu'alam

Penulis,
تاميݞ ساري

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus la tu. Asap merupakan antara penyebab utama penyakit kanser. DiHARAP kerajaan dapat juga mempertimbangkan larangan pembakaran terbuka colok2 ditempat2 awam seperti dikedai2, ditepi2 hotel, taman2 awam, bahu2 jalan, dipekan2, taman2 perumahan awam dan sebagainya. Berlajarlah dari negara2 maju seperti Australia, Kanada, Eropah dan New Zealand bagaimana mereka menguruskan perkara ini. Bawalah berbincang dan berbahas diparlimen dalam menyelesaikan pencemaran dan pemanasan global yang berterusan ini.

Catatan Terkini

Recent Posts Widget
malaysia flag photo: Malaysia thmalaysia.gif